APAKAH MAKANAN LEMAK BAIK UNTUK IBU MENYUSU?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.


Apakah makanan atau lauk kegemaran anda? 


Adakah menu yang masih sama seperti ketika bujang atau sudah bertukar menu sejak hamil dan menjadi seorang ibu menyusu yang tegar?



Contoh makanan lemak jahat



Malaysia terkenal di serata dunia kerana kepelbagaian dan variasi yang kita miliki. Memang tak dinafikan, makanan kita sedap-sedap belaka, lemak berkrim (gituh! Yumms). Tetapi sesetengah makanan itu ada potensi memberi kesan yang tidak baik kepada kandungan lemak dalam tubuh kita. Tubuh seorang ibu menyusu. 


Tahukah anda jenis dan kualiti lemak yang kita makan boleh mempengaruhi kualiti lemak dalam susu ibu. Hari ini cikgu akan kongsikan sumber lemak sihat yang sesuai diamalkan oleh ibu menyusu. Bukan sahaja untuk menjaga kesihatan badan, tetapi boleh menyumbang kepada kualiti lemak yang baik dalam susu ibu. Breast milk is the best milk ever!



Contoh makanan berlemak baik untuk ibu menyusu.



Antara makanan yang sangat sesuai diamalkan oleh ibu menyusu adalah:


1. Asid lemak – Omega 3


Boleh didapati dari kacang walnut, kacang soya, dan lemak ikan seperti ikan salmon, sardin, ikan kembung dan tuna. Omega 3 membantu pertumbuhan bayi. DHA dalam Omega 3 boleh meningkatkan perkembangan otak bayi dan retina mata bayi. 


2. Asid lemak Omega 6.


Sumber Omega 6 adalah dari minyak sayuran dan kekacang. Antaranya minyak zaitun dan minyak kelapa dara. Kelapa dara juga adalah sumber lemak baik kerana mengandungi vitamin K, E dan zat besi. Vitamin K bagus untuk pertumbuhan tulang manakala vitamin E bagus untuk kesihatan kulit. Ia boleh meningkatkan kandungan asid laurik dalam susu ibu menjadikan susu ibu lebih pekat. Asid laurik sangat bagus untuk meningkatkan sistem imun badan. 


3. Avokado


Selain ada lemak baik, ia juga mengandungi lutein yang baik untuk mata. Avokado juga  mengandungi klorofil yang berfungsi sebagai antioksidan.


4. Anggur


Ramai yang tidak tahu yang biji anggur boleh menurunkan paras kolesterol jahat dalam tubuh kita. Minyak anggur juga sangat baik untuk ibu.


5. Kacang Macadamia


Ia mengandungi lemak baik yang boleh menurunkan kadar lemak hajat dalam badan kita. Ia juga mengandungi paras omega 3 dan vitamin E yang tinggi yang sangat baik untuk kulit. Wow, berseri-seri ibu menyusu!



Contoh lemak baik


Bagaimana pun cara pemakanan kita, pastikan kita mengamalkan makanan yang sihat dan dalam kuantiti yang sederhana ya. Elakkan makanan berlemak jahat seperti makanan segera dan makanan yang sudah diproses. 


Bila badan kita sihat, pasti kita dapat menyusu dan menguruskan anak-anak dengan lebih baik.




Jom, jom kita menyusu sampai 2 tahun ya mommies!



Salam Cinta Susu Ibu,

Cikgu Susu Anda
cikgususu.com




Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

Nak Konsultansi Penyusuan secara personal? Hubungi saya, Zuain Ghani: 0193841569 (Whatsapp/ Telegram / SMS/ Call) atau email zuainghani@gmail.com untuk temujanji.

Leave a Reply