BAYI 6 BULAN: SUSU IBU dan MAKANAN PELENGKAP
[ BAYI 6 BULAN: SUSU IBU dan MAKANAN PELENGKAP ]
Ramai ibu bertanya saya adakah susu akan merudum setelah bayi mula makan?
Jawapan saya, ia bergantung kepada cara dan kuantiti makanan yang diberikan kepada bayi.
Antara 6 bulan hingga setahun usia bayi, susu ibu masih perlu menjadi sumber makanan utama bayi kerana pertumbuhan otak dan badan bayi yang pesat pada tahun pertama ini memerlukan lebih banyak susu ibu.
Bagi mengekalkan kehendak susu yang sama oleh bayi walaupun sudah diperkenalkan dengan makanan pelengkap (solid food), ibu digalakkan menyusu atau memberi susu ibu dahulu sebelum memberi bayi makanan.
Bayi perlu diperkenalkan dengan makanan pelengkap secara perlahan-lahan mengikut peringkat umurnya dan dalam kuantiti yang kecil dahulu.
Ingat ibu, makanan pelengkap bukanlah sebagai pengganti susu ibu, tetapi untuk membantu melatih deria bayi kepada struktur dan rasa makanan sekaligus merangsang perkembangan otak dan penggunaan motor badan bayi.
Pemberian makanan pada peringkat ini bukanlah untuk membuatkan bayi kenyang. Bayi masih lagi bergantung kepada susu ibu sebagai sumber nutrisi dan antibodi.
Dapatkan maklumat berkenaan penyusuan susu ibu dalam Siri Seminar Mudahnya Menyusu kami.
Destinasi seterusnya di Johor Bahru pada 22 Nov 2014 dan Melaka 23 Nov 2014.
Jom daftar sekarang!
JOHOR BHARU 22 Nov 2014 (Sabtu):
http://mudahnyamenyusujohor.gr8.com/
PumpOnTheGo,
Rakan Laktasi Anda.
#pumponthego
#makananpelengkap
#breastmilkvssolidfood