CUTI RAYA = CUTI MENGEPAM?

Ada yang dah bercuti hari ini? Wah wah wah… tak sabar nak raya ye. Ada yang ambil cuti seminggu untuk meluangkan masa bersama ibu ayah dan keluarga. Alhamdulillah.

Best nya dapat bersama baby sepanjang masa..

Gambar hiasan

Ada ibu bertanya saya, perlukah membawa breast pump lagi jika bayi akan sentiasa bersama ibu, dan menyusu secara direct feeding? Sebenarnya tidak perlu bawa pun tidak apa. Apatah lagi jika bayi menyusu dengan efektif dan sangat kerap. Sekerap 2 jam sekali. 

Tetapi banyak situasi yang dialami ibu: Penghasilan susu berkurangan setelah mula bekerja semula. (Selepas bercuti 1 minggu atau lebih).

Kenapa dan apa yang berlaku sebenarnya?

Some mothers produced more milk than what their baby actually eats. Ya, walaupun tanpa mereka sedari. Bahkan ramai ibu yang dalam situasi ini. Contohnya: Bayi hanya menyusu di sebelah payudara sahaja pada satu sesi penyusuan. 

Bayi akan menyusu sehingga kenyang iaitu apabila kuantiti susu yang diminum sudah memenuhi kapasiti perutnya. Bila sudah kenyang, bayi biasanya akan tidur atau menolak menyusu dari breast yang sebelah lagi. Dan akan menyusu lagi apabila lapar semula.

Dalam situasi ini, menyusu dari sebelah payudara sahaja sudah cukup untuk mengenyangkan bayi. Jika ibu tidak mengosongkan payudara yang tidak diminum bayi (yang sebelah lagi tu), badan akan mendapat signal untuk memperlahankan penghasilan susu. 

Jika ibu terus menerus tidak mengosongkan breast yang masih penuh, lama-kelamaan badan akan menghasilkan susu mengikut keperluan bayi sahaja. 

Ya, susu masih cukup untuk bayi jika bayi sentiasa bersama ibu dan ibu tidak perlu meninggalkan bayi untuk bekerja.

Apa yang terjadi bila ibu kembali bekerja?

Di pejabat, kebanyakan ibu tidak dapat memerah sekerap bayi menyusu bila bersamanya. Bayi boleh menyusu sekerap 8 – 12 kali sehari on demand (direct feeding). Tetapi kadang-kadang jarang sekali ibu dapat memerah sekerap penyusuan bayi dalam sehari.

Ini menyebabkan penghasilan susu tidak konsisten.

Apa yang perlu ibu lakukan semasa bercuti?

Cuti raya = Teruskan mengepam

Bagi ibu bekerja sepenuh masa, walaupun sepanjang bercuti anda berpeluang menyusukan bayi secara direct feeding, anda perlu meneruskan sesi memerah seperti di pejabat.

Utamakan direct feeding semasa bersama bayi dan lakukan perahan selepas menyusu. Tidak lama, hanya 10 minit untuk setiap breast (jika bayi menyusu di kedua-dua belah payudara). 

Atau 20-30 minit pada sebelah breast lagi (jika bayi hanya menyusu di sebelah payudara sahaja pada satu sesi penyusuan) untuk mengosongkan kedua-dua payudara.

Benar, hasil perahan selepas menyusu tidak banyak, atau pun kadang-kadang keluar angin aje. Namun, bukan kuantiti yang dikejarkan, tetapi untuk mengekalkan konsep demand vs supply dengan cara mengosongkan breast dan memastikan badan anda terus bekerja untuk menghasilkan susu mengikut rutin biasa. 

Badan akan menghasilkan lebih banyak susu apabila payudara kosong. Umpama tangki air, apabila tangki kecil kosong, tangki besar mendapat signal untuk mengisi tangki kecil itu lagi.  

Jika anda mengalami masalah kekurangan susu, anda boleh amalkan cara yang sama iaitu, memerah setiap kali selepas menyusu. 

Working mommies, ingat tau, cuti raya tidak bermaksud cuti mengepam ya. Teruskan memerah seperti biasa. Bawa sekali breast pump balik kampung, pam susu manual pun sudah memadai. Atau boleh amalkan perahan tangan (marmet).

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua.

P/S: Siapa puasa hari ni boleh amalkan tips ini: Tips Puasa dan Maintain Susu 

Jom jumpa saya di Seminar Mudahnya Menyusu.

Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com

Di bawah ini adalah jadual kelas-kelas saya. Kelas bermula 9.00 am – 2.00 pm (5 jam).

3 Oct : Seremban, Oakland Commerce Square

4 Oct : POTG Kelana Jaya

10 Oct : Johor Bharu, Suria City Hotel

11 Oct : Melaka, Angsana Hotel

23 Oct : Kota Bharu, Suria Hotel

24 Oct : Kuala Terengganu, TH Hotel

25 Oct : Kuantan, Batik Boutique Hotel

8 Nov : POTG Kelana Jaya

14 Nov : Kuching, Abell Hotel

15 Nov : Kota Kinabalu, TH Hotel

Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com

Cikgu Susu Anda

Blog Cikgu Susu


Rujukan:

1. 4 Rahsia Penyusuan Ibu Bekerjaya.




Nak beli breast pump berkualiti? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

Dapatkan Tips Penyusuan Mudah oleh Cikgu Susu di link ini: Buku 4 Rahsia Penyusuan Ibu Bekerjaya

Leave a Reply