IBU MENYUSU YANG UNDERWEIGHT, CUKUP KE SUSU BADAN?

Assalamualaikum mommies,

Beberapa hari lepas cikgu ada berkongsi menu sarapan berprotein tinggi untuk ibu menyusu yang mahu kurus. Tak sangka cikgu, rupanya ramai juga ibu menyusu yang nak naikkan berat badan. 

Ramai juga yang email cikgu untuk bertanyakan masalah ini: Menyusu tetapi underweight dan kurus. Mommies risau takut susu tak cukup sebab mommies sendiri pun kurang berat badan. Tahukah anda, kajian menyatakan badan ibu masih dapat menghasilkan susu yang cukup walaupun kurang berat badan (underweight). Menurut UNICEF dan World Health Organization pula, ibu menyusu tidak mendapat makanan yang sihat boleh menghasilkan susu yang lengkap nutrisi.

Namun begitu, kandungan lemak, gula dan vitamin dalam susu ibu akan dipengaruhi oleh diet pemakanan ibu. Contohnya, jika ibu banyak mengambil lemak Omega 3 (seperti telur dan salmon), banyak lemak yang diserap oleh bayi melalui susu ibu adalah lemak Omega 3 juga. Maka, ini menunjukkan apa yang ibu makan sedikit sebanyak akan mempengaruhi kandungan susu ibu.

Bagi ibu menyusu kalori yang mencukupi sangat diperlukan oleh badan sebab badan ibu akan menggunakan banyak tenaga untuk menghasilkan susu. Keperluan kalori ekstra yang perlu ibu bekalkan kepada badan adalah sebanyak 500 kalori sehari sepanjang penyusuan. Jadi, apabila ibu tidak mendapat makanan yang berkhasiat atau tidak memenuhi keperluan kalori, ibu sebenarnya tidak mengganggu penghasilan susu tetapi membahayakan kesihatan diri sendiri.

Walaupun bayi anda (ibu menyusu yang underweight) masih mendapat susu yang mencukupi, anda perlu memastikan diet seharian lengkap supaya anda terus sihat dan kuat. Bagi ibu yang underweight anda boleh menumpukan kepada menu yang berasaskan makanan sunnah, minyak sayuran, karbohidrat kompleks, protein dan makanan sihat tinggi kalori. 

Antara contoh makanan sihat yang tinggi kalori adalah:

1. Pisang.

2. Telur.

3. Ubi kentang.

4. Minyak zaitun.

5. Mee.

6. Pasta.

7. Ubi keledek.

8. Avokado.

Ada juga makanan tak sihat yang tinggi kalori macam makanan segera (fastfood macam KFC atau McD) atau tinggi gula, yang ini kesannya ekspres tapi sangat berbahaya kepada kesihatan kita. Tinggi kolesterol tu and can lead to diabetes too.

Pesanan untuk ibu menyusu yang underweight: Makan bila-bila sahaja anda lapar dengan kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Amalkan pengambilan makanan yang sihat ya dan juga supplemen seperti vitamin D dan kalsium untuk bantu menambah nutrisi dalam badan anda.  Ibu yang kurang berat badan, kadangkala nutrisi dalam badan diserap kepada penghasilan susu.

p/s: supplemen cikgu habbatussauda, pati delima dan minyak kelapa dara. Cukup untuk bekalkan semangat untuk lebih bertenaga!



Yeah mommies, 2 years journey, bring it on!






Sumber Rujukan: La Leche League, Kellymom





Cikgu Susu Anda

Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

.

Leave a Reply