ISTERI BERSALIN, SUAMI JANGAN MAIN GOLF

Gambar hiasan, Google

Isteri perdana menteri Rosmah Mansor menyarankan kepada para suami supaya menjaga isteri dan bayi mereka semasa cuti paterniti.

Beliau berkata, selain cuti bersalin selama 60 hingga 90 hari diberikan kepada pekerja wanita, cuti paterniti selama tujuh hari juga diberi kepada suami.

Sehubungan itu, secara berseloroh, beliau berharap semasa cuti tujuh hari itu, para suami duduk di rumah dan tidak bermain golf.

“Jadi saya harap, para suami jaga ibu dan bayi. Jangan tujuh hari cuti, main golf. Para isteri kena periksa, suami kalau cuti tujuh hari dia mesti jaga anda dan bayi.

“Jangan benarkan mereka keluar. Saya tahu kaum lelaki tidak gembira dengan perkara ini tetapi saya di sini adalah untuk membela kaum wanita,” katanya sambil mendapat tepukan hadirin.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan pelancaran Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia peringkat kebangsaan di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, berkongsi pengalaman beliau sendiri, Rosmah berkata beliau sebelum ini tidak sempat menikmati cuti bersalin selama 60 hingga 90 hari.

Malah, suaminya Datuk Seri Najib Razak juga, katanya tidak pernah mendapat cuti paterniti selama tujuh hari berikutan kesibukan mereka.

“Dia (Najib) tak pernah dapat cuti dia. Dia tak pernah ada peluang untuk ambil (cuti) tujuh hari.

“(Tempoh) 60, 90 (wanita) bercuti, saya cuma dapat 40 hari, lepas 40 hari siaplah pergi kerja,” katanya lagi. – (Artikel asal: Malaysiakini.com)

Sejurus selepas bersalin, seorang ibu biasanya akan merasa letih dan memerlukan rehat yang berkualiti bagi membenarkan luka bersalin sembuh dengan cepat. Tambahan pula ibu perlu menyusukan bayinya dengan kerap terutamanya di awal kelahiran bayi. Silap hari bulan ibu boleh jadi stress kalau tak dapat sokongan dan bantuan yang diperlukan.

Dalam tempoh berpantang ini, ibu amat memerlukan bantuan dan sokongan dari orang yang paling rapat dengannya iaitu suami sendiri. Di sini lah suami perlu memainkan peranannya. Pertolongan seperti bantu memandikan bayi dan menyediakan makanan untuk isteri amat dihargai, diselangi dengan kata-kata semangat dan berterima kasih atas kelahiran cahaya mata, sudah cukup buat isteri bertambah sihat dan gembira menyusukan anak.

Bila dah mula bekerja pula, saya suka sarankan kepada ibu untuk berterus-terang dengan majikan, supaya majikan lebih memahami tentang tugas anda untuk meneruskan penyusuan. Ibu perlu ada negotiation skills yang baik bila berhadapan dengan majikan. Bukan jadi pengampu bos ya, maksud saya cuba letakkan diri anda di tempatnya, mesti banyak di fikirannya juga dan try to make him/her understand your role as a mom too.

Antara tips nya, bos suka apa sahaja yang memudahkan kerjanya. Jika anda dapat pastikan prestasi kerja tak terganggu disamping pumping session yang dilakukan sewaktu bekerja, ini pasti menggembirakan bos anda. Contohnya, dengan memerah di workstation sendiri, anda masih boleh melakukan kerja dan menunaikan hak anak pada waktu yang sama.

Paling penting, yakin dengan kemampuan diri sebagai seorang ibu. Yeah, you are mothers, and you are expert in multitasking. Fikir, sebut, rasa dan buat yang baik-baik sahaja demi anak-anak kita. Kerana setiap apa yang terlintas dari anda itu akan jadi doa.

Semoga penyusuan anda dipermudahkan Allah.

Jumpa cikgu dalam Seminar Mudahnya Menyusu.

Untuk mendaftar, klik link: www.mudahnyamenyusu.gr8.com

Di bawah ini adalah jadual kelas-kelas saya. Kelas bermula 9.00 am – 2.00 pm (5 jam).

12 Sept : Sg Petani, Sastria Hotel

13 Sept : Ipoh, Fair Park Hotel

20 Sept : POTG Kelana Jaya

3 Oct : Seremban (lokasi akan diberitahu kemudian)

4 Oct : POTG Kelana Jaya

10 Oct : Johor Bharu, Pariss Hotel

11 Oct : Melaka, Angsana Hotel

23 Oct : Kota Bharu, Suria Hotel

24 Oct : Kuala Terengganu, TH Hotel

25 Oct : Kuantan, Batik Boutique Hotel

8 Nov : POTG Kelana Jaya

13 Nov : Kuching, Abell Hotel

14 Nov : Kota Kinabalu, TH Hotel

Untuk mendaftar, klik link: www.mudahnyamenyusu.gr8.com

Cikgu Susu Anda

Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

.

Leave a Reply