MACAM MANA NAK BAGI ANAK SUKA SUSU FORMULA?

“Puan Ain, anak saya cukup 2 tahun bulan depan, susu apa yang sesuai dengannya nanti? Saya risau dia tak cukup nutrisi lepas berhenti menyusu..”


“Cikgu, Akeem dah nak masuk 2 tahun, saya nak hentikan penyusuan tetapi dia cukup tak sukakan susu formula. Botol susu pun tak suka, even dah macam-macam brand saya cuba. Macam mana cikgu?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.


Sejak kebelakangan ini, saya kerap menerima soalan seperti di atas. Kebanyakannya dari ibu yang nak memberhentikan penyusuan kerana sudah cukup usia 2 tahun sang hero atau heroin.


Pertama sekali cikgu nak ucapkan tahniah kepada ibu-ibu ini kerana telah berjaya menyusukan anak mereka sehingga usia 2 tahun! Alhamdulillah.


Sebenarnya soalan ini di luar bidang saya, tetapi saya akan beri pandangan sebagai seorang ibu yang telah melalui situasi yang sama. Nampaknya anak kedua cikgu, Aydin akan cukup 2 tahun juga 2 hari lagi. 


Sekarang ni, Aydin juga hanya menyusu pada waktu malam sahaja atau apabila bersama saya sahaja. Siang dia berada di nursery bersama abangnya. Tidak seperti rakan-rakannya yang lain, Aydin tidak bergantung kepada susu formula atau botol susu. Dia lebih suka menyusu right from the tap dari saya. 


Aydin sendiri tak pernah diperkenalkan dengan susu formula dan sangat tidak menggemari botol susu sejak lahir. Kalau terpaksa, baru dia terima susu dari botol atau ibu saya hanya berikannya susu ibu dari sudu atau cawan sahaja (terutamanya jika saya tiada di rumah kerana menghadiri kursus atau kelas). Guru-guru Aydin di nursery pula berkongsi cerita dengan saya, sangat mudah nak jaga dia, nak tidurkan juga senang, janji perut kenyang. 😉


Selera makannya pula sangat baik, agaknya sebab dah biasa dengan rasa makanan dari susu ibu, Aydin tidak memilih. (Best kan!). 
Dia tak ada masalah untuk menerima makanan seperti kita, orang dewasa, termasuk sayur-sayuran dalam bentuk atau potongan masakan yang halus (kecil-kecil). Dia suka sangat makan, nasi lemak sebungkus pun boleh habis tau! (Metafora aje..)


Jadi saya sendiri tak risau dengan keperluan kalsium dan nutrisi lain Aydin, walaupun tak minum susu formula, saya yakin dia akan dapat sumber kalsium dari makanannya. Dan dia lebih tembam dan sihat dari abangnya.

Anak yang sudah biasa dengan susu ibu tidak cerewet memilih makanan, senang dijaga dan mudah menerima arahan. Usia pula dah cukup 2 tahun, sebenarnya anak tidak perlu bergantung kepada susu formula untuk sumber kalsium kerana kalsium boleh didapati dari makanan yang diberikan kepada anak. 

Contoh makanan sihat untuk anak.


Jadi nasihat saya, perkenalkan anak dengan variasi makanan yang sihat. Buah-buahan, pasta, nasi, dan kentang adalah beberapa contoh makanan yang senang diterima anak-anak pada usia ini. Jika anak ada masalah untuk menerima sayur-sayuran, buatkan sup sayur supaya anak masih dapat nutrisinya. Saya juga ada memperkenalkan anak dengan minuman susu segar, ini lebih baik berbanding susu formula. Jika anak tidak mahu atau tidak sukakan susu formula, mungkin sistem badannya tidak dapat menerima susu tersebut, kita tidak tahu. Setiap anak itu kan special, betul ke betul?

InshaAllah menguruskan anak lebih mudah apabila anak tidak lagi bergantung kepada botol susu. Nak jalan-jalan dan bercuti pun senang, tak perlu bawa banyak beg. Save more space for shopping kan mommies!

Jadi, apa kata kita sendiri mula amalkan pemakanan sihat walaupun bayi dah berhenti menyusu. (Mana tahu nak tambah lagi seorang khalifah kecil ~hihi~)

Pemakanan sihat anak-anak kita bermula dari kita, (ibu, mama, ummi, mummy jelita) mereka kan. 

Jom jadi sihat!

P/S: Ibu menyusu teruskan menyusu sampai 2 tahun ye. You can do it! 

Salam Cinta Susu Ibu,

Cikgu Susu Anda
cikgususu.com




Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

Nak Konsultansi Penyusuan secara personal? Hubungi saya, Zuain Ghani: 0193841569 (Whatsapp/ Telegram / SMS/ Call) atau email zuainghani@gmail.com untuk temujanji.

Leave a Reply