MOM’S: BREASTFEEDING MOTHER’S CHOCOLATE
Cinta kepada penyusuan dan kesihatan, kami di PumpOnTheGo telah menemui inspirasi baru untuk membantu ibu-ibu menyusu.
Untuk ibu semua, ini dia MOM’S, coklat ibu menyusu.
Coklat MOM’S mengandungi kandungan beberapa MAKANAN SUNNAH dan ULAMAN SEMULAJADI yang telah menjadi amalan turun-temurun ibu menyusu demi menjaga kesihatan dan kecantikan tubuh badan dan juga memastikan penyusuan susu ibu masih diteruskan pada masa yang sama.
Hanya seorang ibu sahaja tahu, betapa penat dan letih badan menyelusuri kehidupan seharian, dengan meneruskan khidmat kepada sang suami, tidak lupa jagaan dan didikan buat anak-anak di rumah pula.
Coklat MOM’S dirumuskan khas kepada ibu-ibu menyusu, berdasarkan pengalaman saya sendiri, seorang IBU MENYUSU yang mengamalkan bahan-bahan yang terkandung dalam coklat MOM’S. Hasilnya coklat MOM’S mampu:
1. Memberikan tenaga ekstra yang berpanjangan kepada badan ibu.
2. Melegakan stress ibu di tempat kerja dan di rumah.
3. Menambahkan penghasilan susu ibu.
4. Melancarkan pengeluaran susu ibu.
5. Membantu mencantikkan dan melicinkan kulit.
6. Membantu me-nyahtoksin kekotoran dalam badan ibu menjadikan ibu lebih sihat.
Kandungan dalam coklat MOM’S yang memberikan KESAN LUAR BIASA buat ibu:
COKLAT
– bersifat antioksidan
– meningkatkan hormon oksitosin ibu
– melegakan stress ibu
– melancarkan pengeluaran susu ibu
– mengurangkan kesakitan semasa haid
KURMA
– menambah dan memekatkan susu ibu
– memberi tenaga segera kepada badan
– merangsang daya ingatan
– memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim
MADU
– bersifat penyembuh semulajadi
– melancarkan pengeluaran susu ibu
– membersihkan kotoran dalam usus
– menormalkan kelembapan dalam tubuh
– melancarkan pencernaan dan meningkatkan sistem metabolisme tubuh
– membuang angin dalam badan
HABBATUSSAUDA
– meningkatkan penghasilan susu ibu
– melancarkan pengeluaran susu ibu
– pencegah kepada pelbagai penyakit
– mengurangkan kadar allergic
– melancarkan haid
– meningkatkan tenaga dalam badan
PEGAGA
– menambah dan memekatkan susu ibu
– menghaluskan dan merawat kulit
– awet muda
– merawat keputihan
Jadikan ini salah satu ikhtiar dan usaha ibu
Demi meningkatkan kuantiti susu ibu untuk si comel.
InshaAllah ada rezeki untukmu.
Salam Cinta Susu Ibu
PumpOnTheGo, Your Breastfeeding Partner