PUTING KOSONG GANGGU PENYUSUAN SUSU IBU

Puting susu ganggu penyusuan susu ibu

Puting susu ganggu penyusuan susu ibu

 

Ramai yang bertanya cikgu, ada tak penyelesaian untuk bayi yang suka tidur di payudara ibu, terutama di awal kelahiran.

Boleh tak saya beri bayi saya puting kosong (pacifier) ye cikgu?

Jawapan Cikgu Susu:

Penyusuan susu ibu (breastfeeding) itu sendiri adalah cara terbaik untuk tidurkan bayi kita. Tanpa perlu helah, teknik atau tips menidurkan bayi yang lain. Breastfeeding adalah cara paling mudah untuk kita tidurkan bayi kita. Effortless, tireless and calming. Tiada cara lain yang dapat menenangkan dan menidurkan bayi yang keletihan melainkan dengan menyusukannya.

Ya, bayi kita memang akan suka tidur dan berada di bahagian dada dan payudara ibu kerana itulah zon paling selamat bagi mereka.

Rasa manis dan suam susu ibu,
setiap hisapan dan tegukan di payudara ibu,
kehangatan pelukan ibu dan belaian ibu – semua inilah perfect setting yang Allah kurniakan kepada setiap ibu yang menyusukan anaknya. Ya bayi lebih senang tidur bila disusukan.

Ibu, ini nikmat menjadi ibu yang Allah kurniakan kepada insan terpilih. Anda insan itu. Manfaatkan masa dan setiap detik bersama bayi kita sebaiknya.

Dari rasa manis dan suam susu kita itu, bayi kita merasa nikmat makanan sempurna mengalir di setiap pembuluh darah dalam badannya, dia kenyang lebih lama dan tidur lebih lama. Bayi kita akan mendapat cukup susu yang dia mahukan, tidak terlebih dan tidak kurang.

Bayi kita sebenarnya merangsang penghasilan susu ibu dalam setiap hisapan dan tegukannya pada payudara kita. Supaya badan kita akan terus menghasilkan susu tanpa putus. Di setiap pergerakan hisapan (suckling motion) yang dilakukan anak kita semasa menyusu sebenarnya dia melatih otot-otot muka dan rahang dia bekerja. Hasilnya bentuk muka lebih cantik, pertumbuhan gigi lebih baik dan mudah menguasai percakapan kelak. Di setiap hisapan itu juga, badan ibu mengeluarkan hormon oksitosin, hormon cinta yang membuatkan kita tenang dan rileks.

Pelukan hangat dan belaian kita kepada anak kita semasa dia sedang menyusu sambil lena didakap kita sebenarnya melatih minda separa sedarnya tentang kasih sayang dan keselamatan yang diberi ibu. Perasaan ini yang memupuk kestabilan emosinya dan kemandiriannya selama dia membesar nanti.

Apabila ibu menggunakan puting kosong, kita telah sedikit sebanyak mengganggu lumrah kelahiran bayi (baby’s natural habit):

1. Mengganggu stimulasi pergerakan otot-otot muka semasa penyusuan dari ibu kerana menggunakan pacifier.

2. Mengganggu penyusuan susu ibu, di mana bayi tidak mendapat susu yang diperlukannya seperti semasa dia menyusu terus dari ibu.

3. Jadi bayi akan kerap terjaga dan tidak dapat tidur lena atau lebih lama.

4. Penyusuan susu ibu menjadi satu aktiviti yang penuh tekanan dimana sepatutnya ia satu detik yang menenangkan dan menggembirakan.

5. Dalam jangka masa panjang, penghasilan susu akan berkurang kerana kurangnya kehendak kepada penyusuan dari ibu.

Ibu-ibu, tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia. Pasti ada hikmah disebaliknya walaupun tanpa kita sedar atau nampak jelas di depan mata. Teruskan penyusuan terus dari payudara. Penyusuan jadi lebih tenang dan mudah.

.

Salam Cinta Susu Ibu,
Zuain Ghani, Cikgu Susu Anda
www.cikgususu.com

 

 

 

Leave a Reply