Seminar Mudahnya Menyusu

 

Breastfeeding Talk November 01

SAYA ADA MASALAH MENYUSU. TAPI TAK TAHU NAK RUJUK PADA SIAPA…

Saban hari, saya banyak menerima panggilan telefon/SMS/Email daripada ibu-ibu yang sedang mengalami masalah dalam penyusuan. Ada yang tak tahu cara latching baby dengan betul, puting merekah melecet, anak tak mahu direct-feeding, keliru teknik menguruskan EBM, gagal memilih dan menggunakan breast pump dgn betul dan macam-macam lagi.

Jadi, saya bersama team PumpOnTheGo terpanggil untuk menganjurkan Seminar Jelajah 1 Malaysia bagi menyampaikan dan berkongsi ilmu penyusuan susu ibu kepada semua parents yang pertama kali mendapat cahaya mata khususnya. Perjalanan penyusuan anda akan menjadi lebih indah apabila anda telah bersedia melengkapkan diri dengan ilmu dan teknik penyusuan yang betul.

Testimoni di bawah antara review yang saya terima dalam siri jelajah 1 Malaysia Seminar Mudahnya Menyusu dianjurkan baru-baru ini di bahagian Utara.

“Seminar yang simple dan seronok juga sebab Puan Zuain Ghani dan suami sama-sama berkongsi ilmu yang hebat. Ok, dalam kelas apa yang Puan Zuain dedahkan?

Tips Menjemput Rezeki – 5S (Sedekah, Senyum, Solat dhuha dan Tahajud, Syukur, Sumpah)
Tips Mudahnya Menyusu
Tips Mudahnya Memulakan
Tips Mudahnya Mengepam
Tips Mudahnya Menyediakan Susu Perahan
Tips Mudahnya Maintain Susu Ibu

Malah beliau juga berkongsi bagaimana nak memerah susu secara Freestyle tanpa gunakan Pump Medela Freestyle.Rata-rata yang hadir tu adalah ibu yang ada baby kecil di bawah 6 bulan dan ibu yang sedang hamil. Rasanya yang menyusukan toddler adalah Zah dan puan Zuain sahaja…hihihi its ok…ilmu ni kita kena cari gali sampai ke hujung dunia.

Tak kisahpun berapa orang dah anak yang kita success menyusu, jangan sombong dan anggap kita ni ibu paling berjaya sebab pada masa depan kita tak tahu untung nasib.

Tugas kita sebagai ibu adalah belajar. Belajar dan belajar.

Komen Zah – untuk ibu yang begginer memang bagus.

Zah sangat syorkan korang hadiri kursus-kursus penyusuan yang mudah dan ringkas sebab nak menyusukan anak ni memang perlukan ilmu…” – Puan Noorharizah Azfar, Peserta Mudahnya Menyusu Penang Okt 2014.

Dalam seminar Mudahnya Menyusu, saya nak share 4 FORMULA MUDAH untuk menjayakan penyusuan sempurna. Alhamdulillah, dah hampir 200 orang ibu telah saya bantu sepanjang saya pernah menganjurkan seminar ini.

5 BONUS dalam siri Seminar Mudahnya Menyusu kali ini :

✔ Bagaimana menguruskan EBM dengan tepat bagi menjamin ketahanan dan kualitinya.
✔ Rahsia MEMAKSIMAKAN kuantiti perahan susu dengan penggunaan breast pump yang betul.
✔ Rahsia ‘FREESTYLE’KAN breast pump anda tanpa perlu membeli jenama yang mahal.
✔ PERANAN SUAMI dalam membantu menjayakan penyusuan.
✔ PERCUMA E-book ‘Aku Pejuang Penyusu’ yang bernilai RM20.

Tapi TAWARAN PERCUMA E-book ini TERHAD!
Untuk 100 orang TERAWAL yang mendaftar sahaja tau.

Saya juga ada merakamkan video montaj dan upload di youtube dalam siri yang lepas. Jom tonton.
♛ Youtube : http://www.youtube.com/watch?v=5MbGIhdYPE4

Untuk mendaftar dan dapatkan YURAN PROMOSI, pilih lokasi anda dan klik pada link diberikan.

========
CARA DAFTAR
========

PILIH LOKASI DAN KLIK PADA LINK DI BAWAH.

☛ KELANA JAYA 8 Nov 2014 (Sabtu) :
http://mudahnyamenyusukelanajaya.gr8.com/

☛ SEREMBAN 15 Nov 2014 (Sabtu):
http://mudahnyamenyususeremban.gr8.com/

☛ JOHOR BHARU 22 Nov 2014 (Sabtu):
http://mudahnyamenyusujohor.gr8.com/

☛ MELAKA 23 Nov 2014 (Ahad) :
http://mudahnyamenyusumelaka.gr8.com/

** Lokasi lain akan diumumkan tarikh nanti

Jumlah kerusi : 40 orang sahaja

Jomlah jumpa saya.
Saya nak sangat berjumpa dan berkongsi dengan anda.
Amat-amat digalakkan untuk bawa Husband sekali.

Anda boleh tekan button SHARE dan sampaikan berita ini kepada rakan-rakan anda yang AMAT memerlukannya.

Terima kasih kerana memberi perhatian.
Semoga perjalanan penyusuan puan berjalan dengan indah!

Ain.
Rakan laktasi anda.

DSC03919 DSC03766 DSC03788 DSC03830

 

Leave a Reply