SUSU IBU: ADA KE TAK ADA? CEPAT KE LAMBAT? BANYAK KE SIKIT?

blogger-image--687988965

Tanggapan kebanyakan ibu yang kali pertama menyusukan anaknya pada awal kelahiran yang menyebabkan masalah penyusuan yang lain seterusnya pemberian susu formula:

 

1. Susu tak ada dan tak keluar

2. Susu lambat keluar, lepas 4-5 hari baru keluar

3. Susu sangat sedikit

 

FAKTA  atau AUTA??

 

Ianya boleh jadi fakta bagi yang tidak tahu

Ianya adalah auta bagi yang tahu

Tahu apa?

 

Tahu yang susu ibu itu memang sedikit, pekat dan likat pada awal kelahiran

Tahu yang nama susu itu susu awal atau kolostrum

Tahu yang ia sedikit sebab perut baby hanya sebesar sebiji guli

Tahu yang walaupun warnanya bukan putih, kadang jernih, kadang kuning

Ia penuh dengan antibodi untuk baby

Ia melindungi baby sampai akhir hayatnya

Ia aktifkan perut dan usus baby

Ia imunisasi pertama baby

Supaya baby tak ada jangkitan pada perut, pada usus

Supaya baby tak kena cirit birit

Supaya baby tak cepat sakit

Supaya baby sentiasa sihat

 

Ibu kena tahu

Kuantiti susu ibu ikut umur baby

Baby yang kecil mestilah makin membesar

Baby kecil, perut pun kecil

Baby besar, perut pun besar

Perut kecil, minumnya sedikit

Perut besar, barangkali minumnya banyak

 

Makin kerap baby hisap, makin berubah susu ibu

Awal-awal lahir susu awal

Lama-lama lahir susu matang

Susu awal kolostrum, habis kolostrum susu matang pula

Kalau baby tak hisap dari awal, manakan keluar susu matang

 

Ibu tahu tak

Susu matang warna putih

Mula-mula nampak ada kuning sikit

Lama-lama putih terus

Kadang ada hijau sikit, biru sikit

Jangan risau masih susu yang sama

Cuma warnanya berubah ikut apa ibu makan

 

Ibu mesti tahu

Susu matang makin lama, makin banyak

Sebab perut baby makin lama, makin besar

Baby minum makin lama, makin kerap

Mula-mula sedikit sebab perut baby kecil

Lama-lama banyak sebab perut baby dah besar

 

Kalau bagi susu lain, nanti baby tak kerap menyusu dah

Kalau tak kerap menyusu, nanti susu segan nak keluar

Kalau susu segan nak keluar, otak kata ‘dah dah.. cukuplah susu yang ada tu..’

Kalau otak dah kata macam tu, badan pun malas dan tutup kilang

Kalau kilang dah tutup, tak ada lah lagi penghasilan

Kalau tak ada penghasilan, makanya susu ibu pun berkuranglah,

Jatuh, drop, merudum, ille, nada, no more

 

Jangan risau susu sedikit, nanti jadi banyak

Jangan takut susu tak cukup, janji baby kenyang

Jangan mengeluh baby kerap menyusu, sebab banyak stimulasi, banyaklah susu nanti

Jangan cepat putus asa bila kena kerap mengepam, sebab bila pulang dapat bawa ‘hadiah’ hari-hari untuk buah hati

Jangan risau, lepas hujan mesti ada rainbow

 

Tak perlu risau ada atau tak ada

Kerana susu ibu pasti ada

Tak perlu bimbang cepat atau lambat

Kerana yang penting memulakan kali pertama

Tak perlu takut sedikit atau banyak

Kerana yang penting kekerapan stimulasi

 

Mesti ibu tahu kan

Ibulah wanita terhebat

Kekasih ayah, buah hati anak-anak

Bila ibu menyusukan, ibu jadi bertambah hebat

Ibu boleh diamkan baby yang menangis

Ibu boleh kenyangkan baby yang lapar

Ibu boleh hiburkan baby yang gundah

Ibu boleh sihatkan baby yang demam, InshaAllah

Ibu boleh beri kasih sayang dan cinta 

Macam tu aje

Dengan menyusukan baby

Nampak mudah

Hakikatnya tidak, tapi memang indah

Kurniaan Allah untuk ibu aje

Alhamdulillah

 

 

One Response to “SUSU IBU: ADA KE TAK ADA? CEPAT KE LAMBAT? BANYAK KE SIKIT?

  • kalau air susu mmg tak ada mcm mn? sebab kebanyakkan rakan sekerja yang sudah beranak tidak BF baby mereka .

Leave a Reply