“SUSU TAK CUKUP” atau “NOT ENOUGH MILK”
LIKE and SHARE this post on your Facebook
“Susu tak cukup, maybe baby dah nak cerai susu kot..”
“Baby dah mula makan, dah tak kerap menyusu dah boleh stop menyusu ni..”
Tidak cukup susu (not enough milk) selalu menjadi penyebab untuk menghentikan penyusuan susu ibu bagi sesetengah ibu.
NANTI DULU!!
Sebelum ibu membuat keputusan untuk menghentikan penyusuan, adakah ibu pasti yang susu ibu tidak cukup? Bagaimana ibu nak mengenalpasti jika susu ibu dah tidak cukup untuk bayi ibu?
Nah… Sila baca sehingga akhir ya ibu..
Apakah tanda-tanda yang membuatkan ibu ‘RASA’ TIDAK CUKUP SUSU walaupun bayi ibu membesar bagai JUARA?!
TANDA- TANDA PADA BAYI
1. Bayi kerap menangis
2. Bayi tidak tidur dalam jangka masa yang panjang
3. Sukar untuk disusukan
4. Kerap melekap dengan ibu
5. Menghisap jari atau tangannya
6. Terlalu besar atau terlalu kecil
7. Akan minum susu formula jika diberikan
TANDA-TANDA PADA IBU
1. Ibu merasakan susunya nampak cair
2. Tidak mengalami ‘kebocoran susu’ (susu yang menitik keluar) di payudara atau tanda-tanda lain bagi refleks oksitosin (letdown)
3. Apabila diperah, susu yang keluar sangat sedikit atau tiada
4. Payudara tak rasa penuh atau lebih ringan dan lembut berbanding sebelum penyusuan.
APA PULA SIGNAL YANG MENUNJUKKAN BAYI MENDAPAT SUSU YANG CUKUP?
1. OUTPUT – jika bayi ada mengeluarkan air kencing dan najis, maka ia bermaksud susu diminum dengan betul
Air kencing – Pastikan bayi ada 6 kali atau lebih lampin yang berat dan basah dalam sehari. Struktur air kencing bayi hendaklah jernih dan tidak pekat.
Najis – Biasanya bayi yang mendapat susu yang cukup akan membuang air besar sebanyak 3 – 8 kali sehari. Dan kekerapan itu aka berkurang apabila umur bayi meningkat.
2. Bayi menunjukkan tanda-tanda yang normal seperti
– alert dengan pergerakan di sekelilingnya,
– menunjukkan perkembangan otot badan yang baik,
– mempunyai kulit yang sihat dan cantik
– kenaikan berat badan yang konsisten
PUNCA KURANG SUSU (LOW MILK PRODUCTION)
1. Penyusuan yang tidak kerap
2. Penyusuan berjadual (memberi susu ikut jam contoh: 3 jam atau 4 jam sekali baru bagi susu)
3. Menghadkan setiap sesi penyusuan (contoh: setiap kali menyusu hanya ambil masa 5 minit, selepas 5 minit ibu hentikan penyusuan walaupun hakikatnyabayi masih belum kenyang)
4. Lekapan semasa penyusuan yang tidak betul
5. Susu tidak dikeluarkan sepenuhnya dari payudara
6. Lambat memulakan penyusuan kali pertama
7. Pengambilan ubat-ubatan oleh ibu seperti pil perancang yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi dan ubat kencing manis.
8. Merokok dan pengambilan minuman keras.
9. Ibu pernah menjalankan pembedahan payudara dimana pembedahan tersebut telah memotong duktus susu atau saraf pada payudara).
10. Ibu mengandung semula (mungkin berlaku kerana perubahan hormon semasa mengandung).
Punca-punca yang jarang kita dengar:
1. Uri yang tertinggal di dalam rahim selepas proses bersalin (retained placenta)
2. Kurangnya perkembangan payudara semasa mengandung (menyebabkan kurang sel-sel penghasilan susu).
3. Kekurangan nutrisi – susu dihasilkan dari makanan dan lemak yang tersimpan di dalam badan ibu, jika ibu telah menggunakan keseluruhannya maka ia akan memberi kesan kepada penghasilan susu ibu.
4. Pengambilan air yang terlalu sedikit.
5. Punca psikologi – dimana ibu tiada keyakinan diri untuk menyusukan bayi, asyik merasa letih, terlalu risau, dan merasa sukar untuk respon kepada permintaan bayi. Ibu yang berada dalam keadaan stress lebih berpotensi untuk:
– tidak kerap menyusu atau menyusu dalam jangka masa yang singkat
– memberi susu formula ataupun puting tiruan (pacifier)
– kurang memberi perhatian kepada bayi
6. Salah satu punca masalah kurang susu adalah pengeluaran susu (milk transfer) yang tidak efektif dari payudara sama ada melalui penyusuan terus dari payudara, menggunakan pam susu atau pengeluaran susu dengan cara hand expression.
Punca kepada pengeluaran susu atau milk transfer yang tidak efektif ini ada
1. Lekapan bayi yang tidak betul
2. Bayi tidak menghisap dengan efektif
3. Bayi merasa letih ketika sesi menyusu
4. Sesi penyusuan yang singkat dan tak kerap
5. Menghentikan penyusuan satu belah payudara terlalu awal, menyebabkan bayi tidak mendapat susu akhir (hindmilk) yang dapat mengenyangkan bayi.
6. Bayi tidak sihat atau tidak cukup bulan.
7. Bayi tidak ada keupayaan untuk menghisap dengan kuat dan dengan lama.
TIPS MUDAH: KERAP KOSONGKAN PAYUDARA – jika susu tidak dikeluarkan dari payudara, penghasilan susu juga akan berkurangan.
CARA MENGATASI MASALAH KURANG SUSU untuk IBU?
1. Menyusukan bayi dengan kerap setiap kali bayi menunjukkan signal mahu menyusu (nursing on demand).
2. Kerap mengosongkan payudara menggunakan pam susu atau hand expression.
3. Memperbetulkan lekapan bayi semasa menyusu.
4. Mengelakkan penggunaan puting tiruan atau pacifier.
5. Mengelakkan pemberian susu formula.
6. Minum air dengan kuantiti yang cukup. Minum bila merasa dahaga, sebelum dan selepas menyusu atau mengepam dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. (Kata Dietitian, ibu menyusu memerlukan sekurang-kurangnya 3Liter air sehari).
7. Makan makanan yang berkhasiat.
8. Pengambilan milk booster dapat membantu.
Semoga bermanfaat.
Breastfeeding Rocks!!
LIKE and SHARE this post on your Facebook