BABY MENYUSU SEKEJAP JE PASTU TIDO, NORMAL KE?
Sumber: Google
Soalan ibu:
Salaam Puan, saya nak minta nasihat. My baby baru habis pantang aritu. Fully breastfeed every 2 hours. Tapi duration average dalam 10-15 minit je. Lepas tu dia akan let go and tertidur terus. Saya risau kalau dia cuma penat suckling tapi belum kenyang. Is that normal?
Jawapan Cikgu Susu:
Waalaikumussalam Puan, secara puratanya satu sesi penyusuan direct feeding biasanya berlangsung selama 20 hingga 45 minit. Sesetengah bayi menyusu dalam masa yang terlalu singkat, sesetengah pula terlalu lama hingga berjam-jam (kata ibunya). Namun semua ini bergantung kepada keupayaan bayi sama ada dapat melekap dengan baik ataupun tidak semasa menyusu. Apabila bayi makin membesar, keupayaannya untuk melekap dengan betul semasa menyusu sangat baik, jadi tempoh penyusuan menjadi singkat. Bayi ini kita paling effective nursling. Satu tempoh menyusu tidak lama, biasanya bila bayi berumur hampir setahun hingga 2 tahun.
Antara beberapa tanda paling asas yang anda perlu tahu untuk mengenalpasti sama ada bayi mendapat susu yang cukup ataupun tidak adalah melalui:
1. Warna urin bayi
Bayi yang cukup susu akan mengeluarkan urin yang jernih dan banyak. Jika ragu-ragu, gunakan lampin kain untuk 1 hari dan monitor warna kencing bayi ya.
2. Warna dan jenis najis bayi.
Bayi yang mendapat susu yang cukup akan menghasilkan najis berwarna kuning keemasan, berbiji-biji (orang tua-tua panggil macam biji sawi) dan tidak keras iaitu cair sahaja. Kuantitinya banyak untuk setiap kali buang air.
Warna kuning keemasan tandanya bayi mendapat cukup kandungan air (foremilk) dan lemak (hindmilk) dalam susu ibu.
Najis yang berwarna kehijauan pula menandakan bayi mendapat lebih air (foremilk) dan kurang lemak (hindmilk) dalam susu ibu. Ini adalah tanda-tanda bayi tidak mendapat susu yang cukup dan tempoh penyusuan terlalu singkat.
*Peringatan:
Jarak masa yang paling sesuai sesi penyusuan adalah antara setiap 1 hingga 2 jam sahaja. Kerana susu ibu akan dicernakan sepenuhnya dalam masa 1-1 setengah jam sahaja. Jadi kekerapan penyusuan sebenarnya tidak lebih dari 2 jam.
Tapi…. watch the baby, not the clock! Lihat signal-signal mahu menyusu yang diberikan bayi seperti mengecap-ngecap bibir atau merengek kecil atau menghisap jari dan bibirnya.
3. Kenaikan berat badan.
Bayi yang mendapat susu yang cukup akan mengalami kenaikan berat badan sekurang-kurangnya 400gram hingga 1 kilogram sebulan. Jika kurang dari 400gram, kemungkinan bayi kurang susu. Secara tidak langsungnya bermaksud, kurang lemak (hindmilk) dari susu ibu. Jadi, anda perlu periksa semula tempoh penyusuan dan kekerapan memerah bila tidak bersama bayi.
Jarak masa antara sesi memerah yang terlalu lama juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan antara kandungan air (foremilk) dan lemak (hindmilk) dalam susu ibu.
Jika kenaikan berat bayi dalam lingkungan 400 gram hingga 1 kilogram, bermaksud bayi mendapat susu yang cukup. InshaAllah.
Sebab-sebab terjadinya penyusuan yang singkat:
1. Lekapan yang tidak betul.
Penyelesaian: periksa lekapan yang betul.
2. Aliran susu yang terlalu perlahan.
Penyelesaian: Amalkan mampatan payudara (breast compression) semasa penyusuan dan memerah.
3. Tidak mendapat letdown reflex.
Penyelesaian: Lakukan urutan payudara sebelum menyusu untuk melonggarkan saluran susu, jadi susu lebih senang mengalir.
4. Ibu tergesa-gesa dan panik.
Penyelesaian: Tarik nafas dan luangkan masa untuk menyusukan bayi dengan baik buat masa itu. Jika ibu terlalu rushing, aliran susu menjadi tidak lancar, kemungkinan bayi boleh give up dan terus tidur.
Usah risau mommies, yakin dan percaya dengan kemampuan diri untuk menyusukan bayi dengan susu ibu sendiri. You can do it!
Cikgu Susu Anda