IBU INI TAK PERNAH ADA STOK SUSU SEHINGGALAH…
Assalamualaikum dan hai mommies, Salam Jumaat penuh barakah untuk anda semua.
Hari ini jom kita banyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan banyakkan bersedekah. Niatkan sedekah itu moga-moga Allah kurniakan rezeki susu yang cukup dan melimpah ruah buat anak-anak kita.
Selawat paling ringkas senang sangat uols,
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Tandem pumping.
3. Minum air panas/ suam sebelum dan semasa tandem pumping.
Jika ibu yang belum biasa melakukan tandem pumping, tambahan lagi aliran susu perlahan, kadangkala bayi memberi respon seperti kurang puas menyusu. Jangan tewas! Teruskan dengan tandem pumping dan minum air panas/suam sebelum atau semasa menyusu dan memerah ini.
Air panas/suam mempercepatkan pengaliran bendalir dalam badan. Berikan beberapa minit kepada badan anda untuk bekerja meningkatkan aliran susu.
Air panas/suam tidak terbatas kepada air kosong sahaja. Anda boleh menikmati milo, susu atau horlicks panas ketika ini.
4. Relaks.
Stress menyebabkan rembesan hormon oksitosin terencat. Maka aliran susu jadi tidak lancar. Sebab itu kadang-kadang anda mengambil masa yang lama untuk memerah, tetapi di akhir sesi memerah, breast masih merasa berat. Kemungkinan besar anda dalam keadaan tertekan.
Jadi cuba tenangkan diri dengan mengamalkan zikir dan bacaan ayat suci al-Quran. Apa-apa surah yang anda boleh ingat atau amalkan mengaji setiap kali mahu mengepam, inshaAllah anda lebih tenang. (Tips ini dikongsikan oleh seorang doktor dari PPUM).
5. Mesti makan dan minum selepas tandem pumping / menyusu / memerah.
Tahukah anda, badan akan terus menghasilkan susu apabila breast dikosongkan. Mengikut kajian pakar, payudara hanya mengambil masa 1 jam sahaja untuk penuh semula selepas dikosongkan sepenuhnya. Jadi bagi mempercepatkan proses breast refill ini, anda mesti makan dan minum setiap kali selepas menyusu / memerah.
Nak makan apa? terpulang kepada anda. Memadai susu, horlicks, milo atau minuman coklat panas bersama roti atau biskut.
6. Tak standby susu formula di rumah.
Ini langkah berjaga-jaga buat anda yang memang berniat ingin menyusukan anak sehingga 2 tahun. Saya mohon kepada anda untuk tidak meng’ada’kan susu formula sebagai back up di rumah. Never ever.
Sebab jika tidak anda akan melihat ini sebagai satu alternatif atau pilihan. Sedangkan anda sebenarnya masih boleh mencuba sehabis baik kepada bayi anda.
7. Jangan tengok hasil perahan semasa memerah.
Ini sebenarnya salah satu cara untuk tidak menjatuhkan motivasi anda. Jika anda asyik melihat ke dalam botol perahan, kalau hasilnya tak seperti yang diharapkan anda akan kecewa dan cepat putus asa. Anda mula stress dan susu lagi lah tak lancar.
Jadi nasihat saya, elakkan asyik melihat hasil perahan semasa memerah. Lekakan diri dengan perkara lain seperti membaca buku atau bermeditasi dan melayan rembesan oksitosin yang sudah pasti buat anda ngantuk-ngantuk (drowsy) dan tenang.
Inilah tips yang saya nasihatkan kepada ibu tersebut. Sehingga kini, beliau masih fully breastfeeding dan dapat memenuhi keperluan susu untuk anaknya setiap hari.
Peringatan: The effectiveness of those tips berbeza kepada setiap ibu. Ada yang mengambil masa 1 minggu, 2 minggu, ada yang sebulan bergantung kepada konsistensi anda sendiri. Nasihat saya, buat dengan istiqamah dan beri masa kepada badan anda untuk membiasakan diri dengan rutin baru ini.
Gambar hiasan, Google