SUSU DROP MENDADAK

Penyusuan ibu adalah satu perjalanan yang penuh memori buat ibu dan bayinya. Ia suatu pengalaman yang indah tetapi kadangkala anda akan menghadapi saat-saat sukar, naik dan turun sepanjang tempoh ini.

Ada ibu yang kecundang dan menyerah kalah dalam tempoh genting ini. Tetapi ramai yang saya kenali masih tegar, tegap dan kukuh dengan pendirian sendiri memastikan amanah kurniaan Allah diberikan susu ibu walau apa pun cabaran yang tiba. Pelbagai usaha dilakukan, pertolongan dan perkongsian dari rakan-rakan yang sudah melalui dan survived waktu sukar itu, membantu mereka mempersiapkan diri. Dan akhirnya they survived and succeed.

Sebab itu lah, kita sebagai ibu harus sentiasa update ilmu. Ilmu untuk menjadi ibu. Ilmu untuk menyusukan anak. Ilmu untuk menjadi hamba Allah yang bermanfaat bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi untuk anak-anak sebagai saham akhirat kita.

Minggu ini kerap saya dihubungi ibu-ibu yang mempunyai masalah yang sama: Susu drop mendadak. 

Sumber, Google

Jadi, ada beberapa perkara saya nak kongsikan dengan anda jika anda menghadapi masalah ini:

1. Jadual memerah 1 minggu sebelum.

Periksa semula jadual memerah anda 1 minggu sebelum anda mula notice susu merudum secara mendadak. Seorang ibu menyusu yang bekerja sepenuh masa perlu tahu menguruskan masa dan mesti mempunyai jadual memerah yang konsisten. Kenalpasti adakah beberapa hari sebelum susu drop, anda mematuhi jadual memerah anda? Ibu disarankan memerah sekitar setiap 2-3 jam sekali di pejabat kerana berpadanan dengan pattern penyusuan bayi yang menyusu dengan kerap (sekitar 8-12 kali sehari bila bersama ibu).

2. Emosi.

Bagaimanakah keadaan anda di tempat kerja anda? Sesetengah ibu bekerja berdepan dengan cabaran yang sangat hebat di tempat kerja. Ada yang tidak mendapat sokongan dari bos, ada yang diperli rakan sekerja yang lain. Ada juga ibu dengan bebanan kerja yang sangat banyak. Akibatnya, ibu ini melalui keadaan yang sangat stress pada waktu kerja. 

Tahukah ibu, anda perlu sentiasa bersedia menghadapi tekanan dan cuba menenangkan diri. Stress boleh menyebabkan hormon oksitosin terbantut dan menyebabkan pengeluaran susu tidak lancar. Lama-kelamaan ia menyebabkan penghasilan susu terganggu. 

3. Pemakanan dan minuman.

Jika anda notice sudden drop dalam milk production anda, kenalpasti diet atau corak pemakanan yang anda amalkan sekarang. Sesetengah ibu bercadang untuk menurunkan berat badan dalam jangka masa yang cepat dan terus menukar diet harian secara drastik. Ini boleh menyebabkan kandungan kalori dalam tubuh berkurang. Apabila kalori dalam tubuh berkurang, tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu juga akan menurun. Ini akan mengganggu penghasilan susu anda. 

Ibu, pastikan anda mengamalkan pemakanan yang sihat dan lengkap ya.

4. Pam susu.

Pastikan pam susu anda masih berfungsi dengan baik. Kebanyakan pam susu perlu diservis setelah beberapa lama digunakan. Antara simptom pam susu anda perlu diperiksa atau diservis adalah apabila kekuatan sedutan sudah mula perlahan (tidak seperti di awal penggunaan dahulu), dan anda mengambil masa yang lama untuk mengosongkan breast jika dibandingkan di awal penggunaan pam susu itu dahulu.

Anda juga mesti tahu cara penggunaan pam susu yang betul bagi memastikan pengeluaran susu adalah efektif. Cara menggunakan pam susu yang salah juga boleh menyebabkan breast tidak dikosongkan dengan baik lalu memberi kesan kepada kuantiti perahan anda.

5. Pil perancang / suntikan perancang.

Tidak dinafikan pengambilan pil perancang penting untuk membantu anda merancang keluarga. Tetapi anda perlu tahu sesetengah pil perancang yang tidak sesuai dengan tubuh anda akan mengganggu penghasilan susu anda. Tips yang saya perolehi dari yang pakar, pil perancang yang sesuai diambil oleh ibu menyusu (yang tidak mengganggu penghasilan susu) adalah jenis Progesterone Only Pill. Jika pil yang anda ambil mengandungi kombinasi Estrogen-Progesterone, besar kemungkinan boleh mengganggu produksi susu anda. 

Dapatkan nasihat yang betul daripada doktor peribadi / pegawai farmasi anda sebelum mengambil sebarang pil perancang. 

6. Ujian kehamilan – Hamil lagi?

Jika kesemua rutin ibu menyusu sudah anda lakukan dengan istiqamah termasuk 5 perkara di atas, tetapi masih mengalami susu merudum, saranan saya lakukan Ujian Air Kencing (UPT) untuk mengesahkan jika anda hamil lagi. 

Dalam beberapa kes yang saya kendalikan sebelum ini, ibu mengalami masalah susu merudum secara tiba-tiba (dalam jangka masa 1-2 minggu, kuantiti susu mula menurun). Selepas membetulkan rutin dan menjaga semula pemakanan, susu masih tidak meningkat. Beberapa hari selepas itu, ibu menghubungi saya semula dan mengesahkan beliau hamil lagi.

Jika ini berlaku kepada anda, bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah. Anda perlu tahu, disebabkan perubahan hormon ketika anda hamil, kuantiti susu akan menurun secara semulajadi. 

Walau apapun keadaan kita, Allah telah mengingatkan kita akan tanggungjawab untuk menyusukan anak kita semampu boleh. What matter most is not necessarily the end result, but our effort to make it work. Selagi mampu, usaha sebaik mungkin ibu. Usah cepat berserah kepada situasi dan keadaan. 

Tetapi jika tidak mampu (disebabkan masalah kesihatan atau hamil lagi), anggapkan ia sebagai ujian yang Allah berikan kepada kita. Usah sekali-kali menilai ujian itu sebagai halangan. Kerana jalan cerita kita adalah ketentuan yang sudah ditulis di Lauh Mahfuz.

Semoga perkongsian hari ini bermanfaat untuk anda semua.
Jumpa cikgu di Seminar Mudahnya Menyusu. Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com
Di bawah ini adalah jadual kelas-kelas saya. Kelas bermula 9.00 am – 2.00 pm (5 jam).
10 Oct : Johor Bharu, Suria City Hotel
11 Oct : Melaka, Angsana Hotel
23 Oct : Kota Bharu, Suria Hotel
24 Oct : Kuala Terengganu, TH Hotel
25 Oct : Kuantan, Batik Boutique Hotel
8 Nov : POTG Kelana Jaya
14 Nov : Kuching, Abell Hotel
15 Nov : Kota Kinabalu, TH Hotel
Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com
Cikgu Susu Anda
 
 
Nak beli breast pump berkualiti? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow
Dapatkan Tips Penyusuan Mudah oleh Cikgu Susu di link ini: Buku 4 Rahsia Penyusuan Ibu Bekerjaya

Leave a Reply